Jom kongsi resepi!




Monday, October 3, 2011

Kailan Ikan Masin


Bahan-bahan:
  • sayur kailan-dipotong
  • 1 keping ikan tenggiri masin(yang dijeruk dlm botol)-potong kecik2
  • 1 sd(k) air dr botol ikan masin td
  • 1 bj bwg besar-dimayang bulat
  • 1 inci halia-diketuk
  • bwg putih-diketuk
  • 1 sd(b) sos tiram
  • 1 sd(b) sos ikan
  • sedikit air asam limau nipis
  • myk untuk menggoreng

Cara memasak :
1.  Panaskan myk.tumis ikan masin tenggiri td hingga naik bau
2.  Kemudian tumis bwg putih,bwg besar dan halia.masukan sos tiram.

3.  Masukkan sayur dan tambah air dr botol ikan masin td,masukkan sos ikan kacau rata.

4.  Masukkan sdkt air-2 sd(b).biarkan seketika.angkat

5.  Perah air asam limau td .

Kalau kat umah ni, suami akan pesan telur dadar sekali.. Barulah padan katanya.. Selera masing-masingkan... hehehe...

Mihun goreng....


Nak letak resepi jugak ke? tak payah la ek... bukan susah nau pun nak buat... hehehe... Jemput makan.. sedap wei...

Pengat Pisang



Bahan diperlukan :
1.  Sesikat pisang dalam10 biji, buang kulit belah dua ( Hany suka pisang 44 hari. Pisang abu pun sedap gak)
2.  Santan sekotak
3.  Gula melaka / manisan 2 ketul/kerek
4.  1/2 mangkuk sagu
5.  Secubit garam
6.  Daun pandan simpul


Cara membuatnya:
1.  Masukkan santan , secawan air, gula melaka dan daun pandan
2.  Masak atas api kecil sehingga gula melaka larut
3.  Kacau santan jangan sampai santan mendidih
4.  Selepas itu masukkan pisang, sagu dan garam
5.  Masak sehingga sagu nampak jernih
6.  Sedia untuk dihidangkan


 Petang-petang memang sedap pekena pengat pisang ni. Cubalah!

Sunday, July 10, 2011

Blueberry Muffin


Apa kata cuba buat muffin.. Basic buat muffin ni rasanya sama jer.. Cuma tukar filing jer kalau nak jadi rasa blueberry, strawberry, pandan, oren dan lain-lain..  Resepi Hany ni agak mudah jugak... Rasa pun quite good..

Bahan-bahan ( 12 biji- small size )
  • 70g butter-suhu bilik
  • 60g gula
  • 1 biji telur-suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • 4 sudu besar susu segar
  • 100g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Bijirin blueberry secukupnya. (boleh dibeli di kedai alatan buat kek tu..)
Cara-cara
  1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula pukul sehingga putih.
  2. Masukkan pula telur dan kacau. Pastu  esen vanila dan susu segar. Pukul sehingga sebati.
  3. Ayakkan tepung + baking powder ke dalam no.2. Kacau dengan spatula.
  4. Masukkan bijirin blueberry dan kacau lagi…
5.      Isikan 1/2 bekas muffin dengan adunan tadi. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 minit.
Note: kalau kowang takde bijirin bluberry tu, bolehlah gantikan jer dengan jam blueberry. Kalau guna jem yg siap dibeli tu mungkin lebih manis.. so perlu kurangkan sedikit gula dalam adunan muffin.

Chocolate Moist Cake


Hallo semua.. sibuk betul jadual Hany sekarang ni.  Maklumlah, dah sambung belajar.. Masa memegang notebook pun hanya banyak dihabiskan untuk buat assignment jer..  Lama betul dah Hany tak update blog kesayangan Hany ni..  Sibuk-sibuk Hany pun, memasak On jugak.. hehehe.. oklah, kali ni Hany nak berkongsi resepi Kek Cokelat Moist..  Banyak kali dah Hany buat.. memang sedap!!!  Suami dan anak-anak pun suka.. Apa kata kawan-kawan cuba..



Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telur gred A
  • 250 gm buttercup
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu cair
Cara-cara
  1. Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata.
  3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
  4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.

5.    Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas
       dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.

Senang jer kan? Cubalah.. memang terbaek lah rasa kek ni... nak-nak makan bila masih panas tu.. fuh!

Monday, May 30, 2011

Kuih Buah Melaka


Cuti sekolah... Tapi ada jugak kelas tambahan untuk murid thn 6.. Tengahari sampai rumah. Kerja-kerja rumah dah sedia menunggu.. Hahaha.. apa lagi, operasi mengemas pula..  Petang, anak-anak kata nak makan kuih.. Apa nak buat ye? Ada tepung pulut..  Wokeh! Start kete, gi kedai kat depan umah ni beli kelapa muda parut... Nak masak apa? Kuih Buah Melaka atau Onde-onde!

Bahan-Bahan:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1/2 biji kelapa muda parut (bahagian putih je)
  • 2 ketul gula melaka (racik-racik kekecik)
  • jus pandan secukupnya (kalau takde, guna pewarna hijau pun boleh gak)
  • hingga adunan boleh digentel.

Cara:
  1. Bancuh tepung pulut dengan air jus  sedikit demi sedikit
  2. Ambil sikit dan leperkan.
  3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula.Buatkan   bulat.
  4. Dalam periuk, panaskan air sampai mendidih.
  5. Masukkan bebola pulut tadi.
  6. Tanda buah tu masak ialah kuih timbul dan bolehlah diangkat dan toskan.
  7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit    garam.
  8. Hidangkan.
Senangkan? Selamat mencuba.. Enak dihidangkan dengan air Teh O panas-panas!!!..

Friday, May 27, 2011

Siput Masak Lemak Cili Api

Lauk yang nak Hany kongsi ni bukanlah juadah Hany sekelurga untuk hari ini.. 2 minggu lepas dah masak, tapi lupa pulak nak upload kan.  Encik Husband singgah pasar malam lepas dia balik kerja.  Dia kata, geram tengok siput-siput yang besar-besar dan nampak fresh!  Orang dah belikan, amek jer la..  Nak masak apa? Apa lagi, kalau dah siput, mesti sinonim dengan masak lemak cili api..

Bahan-bahan:
  • 1 kg siput sedut
  • 1 cekak pucuk ubi
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 liter santan cair
  • 1 keping asam keping
  • 2 batang serai - dititik
  • Garam dan sedikit gula
     


Bahan ni pulak kena kisar halus dulu:
  • 2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 10 biji cili padi (kalau nak extra pedas, lebihkan sikit)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan ( kalau tak nak isi takpe, Hany kan orang Melaka..)
Cara:
  1. Basuh siput hingga bersih. Pastu potong bahagian hujungnya. Basuh semula dan toskan.
  2. Tenggek periuk dan masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Isikan sikit je air.
  3. Masukkan santan cair kacaukan.
  4. Masukkan siput dan santan pekat, asam keping, sikit garam dan gula. Teruskan kacau hingga masak.


* Actually, Hany selalunya masak siput ni dengan keladi.. Tapi Encik Husband yang sediakan bahan, dia tak
   beli pulak keladi.. Kalau nak isi keladi, rebus awal-awal dan toskan.  Masukkan keladi dalam cara 4
   seperti di atas.