Cuti sekolah... Tapi ada jugak kelas tambahan untuk murid thn 6.. Tengahari sampai rumah. Kerja-kerja rumah dah sedia menunggu.. Hahaha.. apa lagi, operasi mengemas pula.. Petang, anak-anak kata nak makan kuih.. Apa nak buat ye? Ada tepung pulut.. Wokeh! Start kete, gi kedai kat depan umah ni beli kelapa muda parut... Nak masak apa? Kuih Buah Melaka atau Onde-onde!
Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung pulut
- 1/2 biji kelapa muda parut (bahagian putih je)
- 2 ketul gula melaka (racik-racik kekecik)
- jus pandan secukupnya (kalau takde, guna pewarna hijau pun boleh gak) hingga adunan boleh digentel.
Cara:
- Bancuh tepung pulut dengan air jus sedikit demi sedikit
- Ambil sikit dan leperkan.
- Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula.Buatkan bulat.
- Dalam periuk, panaskan air sampai mendidih.
- Masukkan bebola pulut tadi.
- Tanda buah tu masak ialah kuih timbul dan bolehlah diangkat dan toskan.
- Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
- Hidangkan.
Salam kunjungan... blog menarik, senang2 singgah la ke blog saya ;)
ReplyDeletehttp://www.zuwairiaiman.com
terima kasih.. isnyaAllah lepas ni saya jenguk blog awak pula.. ")
ReplyDelete