Jom kongsi resepi!




Monday, October 3, 2011

Kailan Ikan Masin


Bahan-bahan:
  • sayur kailan-dipotong
  • 1 keping ikan tenggiri masin(yang dijeruk dlm botol)-potong kecik2
  • 1 sd(k) air dr botol ikan masin td
  • 1 bj bwg besar-dimayang bulat
  • 1 inci halia-diketuk
  • bwg putih-diketuk
  • 1 sd(b) sos tiram
  • 1 sd(b) sos ikan
  • sedikit air asam limau nipis
  • myk untuk menggoreng

Cara memasak :
1.  Panaskan myk.tumis ikan masin tenggiri td hingga naik bau
2.  Kemudian tumis bwg putih,bwg besar dan halia.masukan sos tiram.

3.  Masukkan sayur dan tambah air dr botol ikan masin td,masukkan sos ikan kacau rata.

4.  Masukkan sdkt air-2 sd(b).biarkan seketika.angkat

5.  Perah air asam limau td .

Kalau kat umah ni, suami akan pesan telur dadar sekali.. Barulah padan katanya.. Selera masing-masingkan... hehehe...

Mihun goreng....


Nak letak resepi jugak ke? tak payah la ek... bukan susah nau pun nak buat... hehehe... Jemput makan.. sedap wei...

Pengat Pisang



Bahan diperlukan :
1.  Sesikat pisang dalam10 biji, buang kulit belah dua ( Hany suka pisang 44 hari. Pisang abu pun sedap gak)
2.  Santan sekotak
3.  Gula melaka / manisan 2 ketul/kerek
4.  1/2 mangkuk sagu
5.  Secubit garam
6.  Daun pandan simpul


Cara membuatnya:
1.  Masukkan santan , secawan air, gula melaka dan daun pandan
2.  Masak atas api kecil sehingga gula melaka larut
3.  Kacau santan jangan sampai santan mendidih
4.  Selepas itu masukkan pisang, sagu dan garam
5.  Masak sehingga sagu nampak jernih
6.  Sedia untuk dihidangkan


 Petang-petang memang sedap pekena pengat pisang ni. Cubalah!

Sunday, July 10, 2011

Blueberry Muffin


Apa kata cuba buat muffin.. Basic buat muffin ni rasanya sama jer.. Cuma tukar filing jer kalau nak jadi rasa blueberry, strawberry, pandan, oren dan lain-lain..  Resepi Hany ni agak mudah jugak... Rasa pun quite good..

Bahan-bahan ( 12 biji- small size )
  • 70g butter-suhu bilik
  • 60g gula
  • 1 biji telur-suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • 4 sudu besar susu segar
  • 100g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Bijirin blueberry secukupnya. (boleh dibeli di kedai alatan buat kek tu..)
Cara-cara
  1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula pukul sehingga putih.
  2. Masukkan pula telur dan kacau. Pastu  esen vanila dan susu segar. Pukul sehingga sebati.
  3. Ayakkan tepung + baking powder ke dalam no.2. Kacau dengan spatula.
  4. Masukkan bijirin blueberry dan kacau lagi…
5.      Isikan 1/2 bekas muffin dengan adunan tadi. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 minit.
Note: kalau kowang takde bijirin bluberry tu, bolehlah gantikan jer dengan jam blueberry. Kalau guna jem yg siap dibeli tu mungkin lebih manis.. so perlu kurangkan sedikit gula dalam adunan muffin.

Chocolate Moist Cake


Hallo semua.. sibuk betul jadual Hany sekarang ni.  Maklumlah, dah sambung belajar.. Masa memegang notebook pun hanya banyak dihabiskan untuk buat assignment jer..  Lama betul dah Hany tak update blog kesayangan Hany ni..  Sibuk-sibuk Hany pun, memasak On jugak.. hehehe.. oklah, kali ni Hany nak berkongsi resepi Kek Cokelat Moist..  Banyak kali dah Hany buat.. memang sedap!!!  Suami dan anak-anak pun suka.. Apa kata kawan-kawan cuba..



Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telur gred A
  • 250 gm buttercup
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu cair
Cara-cara
  1. Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata.
  3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
  4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.

5.    Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas
       dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.

Senang jer kan? Cubalah.. memang terbaek lah rasa kek ni... nak-nak makan bila masih panas tu.. fuh!

Monday, May 30, 2011

Kuih Buah Melaka


Cuti sekolah... Tapi ada jugak kelas tambahan untuk murid thn 6.. Tengahari sampai rumah. Kerja-kerja rumah dah sedia menunggu.. Hahaha.. apa lagi, operasi mengemas pula..  Petang, anak-anak kata nak makan kuih.. Apa nak buat ye? Ada tepung pulut..  Wokeh! Start kete, gi kedai kat depan umah ni beli kelapa muda parut... Nak masak apa? Kuih Buah Melaka atau Onde-onde!

Bahan-Bahan:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1/2 biji kelapa muda parut (bahagian putih je)
  • 2 ketul gula melaka (racik-racik kekecik)
  • jus pandan secukupnya (kalau takde, guna pewarna hijau pun boleh gak)
  • hingga adunan boleh digentel.

Cara:
  1. Bancuh tepung pulut dengan air jus  sedikit demi sedikit
  2. Ambil sikit dan leperkan.
  3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula.Buatkan   bulat.
  4. Dalam periuk, panaskan air sampai mendidih.
  5. Masukkan bebola pulut tadi.
  6. Tanda buah tu masak ialah kuih timbul dan bolehlah diangkat dan toskan.
  7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit    garam.
  8. Hidangkan.
Senangkan? Selamat mencuba.. Enak dihidangkan dengan air Teh O panas-panas!!!..

Friday, May 27, 2011

Siput Masak Lemak Cili Api

Lauk yang nak Hany kongsi ni bukanlah juadah Hany sekelurga untuk hari ini.. 2 minggu lepas dah masak, tapi lupa pulak nak upload kan.  Encik Husband singgah pasar malam lepas dia balik kerja.  Dia kata, geram tengok siput-siput yang besar-besar dan nampak fresh!  Orang dah belikan, amek jer la..  Nak masak apa? Apa lagi, kalau dah siput, mesti sinonim dengan masak lemak cili api..

Bahan-bahan:
  • 1 kg siput sedut
  • 1 cekak pucuk ubi
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 liter santan cair
  • 1 keping asam keping
  • 2 batang serai - dititik
  • Garam dan sedikit gula
     


Bahan ni pulak kena kisar halus dulu:
  • 2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 10 biji cili padi (kalau nak extra pedas, lebihkan sikit)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan ( kalau tak nak isi takpe, Hany kan orang Melaka..)
Cara:
  1. Basuh siput hingga bersih. Pastu potong bahagian hujungnya. Basuh semula dan toskan.
  2. Tenggek periuk dan masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Isikan sikit je air.
  3. Masukkan santan cair kacaukan.
  4. Masukkan siput dan santan pekat, asam keping, sikit garam dan gula. Teruskan kacau hingga masak.


* Actually, Hany selalunya masak siput ni dengan keladi.. Tapi Encik Husband yang sediakan bahan, dia tak
   beli pulak keladi.. Kalau nak isi keladi, rebus awal-awal dan toskan.  Masukkan keladi dalam cara 4
   seperti di atas.

Kek Gula Hangus

 
 Lama tak makan kek gula hangus.. Tekak teringin nak makan.. memang sedap kuih ni. kira peberet hany la.. Bahan-bahan yang diperlukan senang, check-check kat dapur, alhamdulillah sumenya ada... Apalagi, tanpa berlengah Hany pun mulakan operasi walaupun anak Hany dak Princess demam..

Bahan-bahan:
  • 125gm mentega
  • 5 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir - dihanguskan
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 tin susu pekat manis
Cara:
  1. Pukul mentega dan gula hangus sehingga lembut dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung yang telah diayak dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik.  Kacau hingga sebati.
  2. Masukkan susu pekat dan kacau lagi.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang dan biarkan ia sepuluh minit supaya tindak balas soda dan serbuk penaik membentuk sarang.
  4. Tutup loyang dengan kertas aluminium dan kukus selama 2 jam.



        *  Hany ikat jer kertas aluminium ni ngan tali dibahagian luar supaya tak tercabut.

    Tuesday, May 24, 2011

    Cara Berlauk


         Kali ini Hany cuba pula buat kuih tradisional... Kuih Cara Berlauk.. Ini semua gara-gara tengok facebook Kak Yatimah Muji.  Terliur jugak tengok gambau yang dia postkan tu.. So, Hany pun gali, cangkul ler resepi Kuih Cara ni.. Mudah jer rupanya..

    Bahan-bahan :

    2 cawan tepung gandum
    3 cawan santan
    2 biji telur
    secubit garam

    Cara buat:
    1. Panaskan acuan atas dapur dahulu.
    2. Campurkan tepung gandum dengan  telur dan garam.  Kacau sebati.
    3. Tapis agar adunan tidak berketul.
    4. Bubuh pewarna kuning.
    5. Masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan tadi.. Sebelum tu, sapukan sedikit minyak dalam acuan agar tidak melekat dan mudah ditanggalkan.
    6. Isi lauk/ daging di tengah.
    7. Tabur cili merah dan daun bawang.
    8. Tutup atas acuan dengan tudung periuk.
    9. Tunggu hingga masak (guna api sederhana agar tak hangus bahagian bawah)
    10. Angkat dan tanggalkan dari acuan.

    Bahan untuk lauknya pula:

    1 cawan daging hancur
    1 biji bawang besar dipotong dadu
    2 biji bawang putih dipotong dadu
    2 sudu besar serbuk kari
    cili merah hiris-hiriskan
    daun bawang hiris-hiriskan

    Cara masak lauk:
    1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
    2. Masukkan rempah kari dan biarkan ia sampai keluar minyak.
    3. Masukkan daging hancur dan biarkan ia masak. Isi sikit garam dan gula..
    Mudahkan?

    Friday, May 20, 2011

    Pajeri Nenas

          Pada potluck baru-baru ni, Kak Azlina ada bawa lauk speselnya tu.. Iaitu pajeri nenas.. Dia buat jugak pajeri terung.. Sedap betul masakan dia.. Semalam Hany ada minta dia resepi.. Alhamdulillah, dia tak kedekut ilmu.. So, Hany cubalah buat.. Jadi dan memang sedap.. Tapi, betul kata Kak Azlina yang habis berkelecah dapur disebabkan ia memercik-mercik.. Memang aku keje mengelap jer lah tadi.. Walau apapun, puas hati sebab masakan menjadi.. Suami pulak memang suka pajeri.. Dia pun memuji dan menjilat jari!! Cubalah, tak rugi!!!


    Bahan-bahan:

    • 1 biji nenas (saiz sedang) - potong jadi separuh bulat
    • 1/2 paket santan pekat
    • 1 biji bawang besar
    • 3 biji bawang putih
    • penumis (kulit kayu manis, bnga lawang, bunga cengkih)
    • udang kering/ikan bilis (hany guna udang kering)
    • 4 sudu besar cili boh
    • 3 sudu besar serbuk kari daging
    • kerisik

    Cara:
    1. Blender bawang merah, bawang putih, cili boh dan udang kering.
    2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan penumis hingga naik bau.
    3. Masukkan bahan-bahan yang diblender. Goreng hingga garing.
    4. Masukkan nenas dan air sedikit. Biarkan seketika.
    5. Masukkan santan, kacau.
    6. Masukkan serbuk kari dan kerisik..
    7. Biarkan lauknya kering sedikit dan hidangkan.


    *   Senang je masak lauk ni.. menurut sifu Azlina, kalau nak gantikan nenas dengan terung pun boleh, cuma
         terung tu kena goreng sekejap sebelum dimasukkan dalam kuah pajeri tu dan perahkan sedikit air asam
         jawa.

    Monday, May 16, 2011

    Bistik Telur


    Makanan yang paling anak bujang Hany suka.. T.E.L.U.R.
    Kalau hari-hari makan telur pun takpe.. Lauk lain takde takpe asalkan ada telur ngan kicap!  Kesian jugak tgk dia makan kicap jer ngan telur tu. So, tadi Hany cubalah ubah sikit menu dia hari ini.. Lagipun hari ini sambut Hari Guru.. So, masak sesimple yg boleh.. Nak rehat banyak.. hahaha..

    Bahan - bahan :
    Untuk telur :
    3 biji telur
    Garam secukup rasa


    Bahan untuk Sos:


    2 ulas bawang putih, dicincang
    2 ulas bawang besar, potong bulatSedikit carrot, potong dadu
    ½ cawan sos cili
    ¼ cawan sos tiram
    1 kiub ayam
    Garam secukup rasa
    Bancuhan tepung jagung
    Jagung
    Minyak untuk menumis

    Cara Memasak :

    1. Goreng telur seperti telur dadar ( isi garam sikit aje), angkat dan ketepikan

    2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar sampai naik bau.

    3. Masukkan sesudu sos tiram, sos cili dan kiub ayam, kacau sehingga ia sebati.

    4. Masukkan jagung dan karot, kacau sebati.

    5. Kemudian, masukkan sedikit air, masukkan garam. Kacau sosnya sampai sebati dan sayurnya masak.

    6. Kemudian tuang sos diatas telur yang telah didadar tadi

    7. Enak dihidangkan sewaktu ia panas.

    * Anak mula-mula ta knak makan.. Bila dia dah cuba, mintak tambah lagi!!! hehhe.. senangkan? Sebab itu
       Hany nak share ngan korang semua..                




    Mee Hailam


    Tukar citarasa plak... Hany cuba masak mee kali ini.. Alhamdulillah, walaupun kali pertama wat mee hailam ni, rasanya marvelous sekali... kepekatan kuahnya, mmmmmmm menjilat jari.. Jadi, apa kata kita berkongsi resepi masakan ini "Mee Hailam"...

    Bahan-bahan:
    • 1 kilo mee (boleh gak gantikan dgn kuetiow/mihun)
    • rencah sedikit ayam (potong kecil2)/ sotong/ daging/ udang
    • 6 biji cili api (kalau tak suka pedas, gunalah2,3 biji je)
    • 6 biji bawang putih (ketuk ngan pisau)
    • sayuran (sawi, jagung, carrot, kubis bunga)
    • sos tiram
    • 3 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn 1/2 cawan air masak)
    • garam secukup rasa
    • 1 kiub ayam maggie
    Cara Memasak:
    1. Tumis dulu bawang putih dgn cili api dgn sedikit minyak.
    2. Bila dah naik bau, masukkan semua rencah dan masukkan 4 cawan air dan campakkan kiub ayam maggie serta sedikit garam .
    3. Masukkan sos tiram 1/2 botol kecil.
    4. Kemudian, masukkan pula bancuhan tepung jagung tadi. Kacau sampai kuah jadi pekat sikit.
    5. Masukkan sayur-sayuran dan last sekali masukkan mee...
    6. Hidangkanlah...

    Wednesday, May 11, 2011

    Daging Masak B/Pepper

    Balik sekolah lambat skit sebab round2 kat Giant cari baju nak pakai masa sambutan Hari Guru..  Tapi macam biasa le, balik tangan kosong jer sebab takde satu pun yang berkenan!  Sampai umah, Danish dah sibuk2 kata lapar... Bukak peti sejuk, mata nampak daging dulu... So, ada idea! Daging masak black pepper!


    Bahan:
    • 500gm daging
    • sebiji bawang besar ( pilih yang paling besar hiris bulat)
    • 2 s/b kicap masin
    • 3 s/b kicap manis
    • 1 s/b tepung jagung
    • 1 s/b lada hitam ( tumbuk2 hancur, nak extra pedas isi le lebih)
    • 1/2 s/b gula
    • secubit garam
    • pak aji
    • serai
    • 1-2 biji cili padi (tekan skit ngan pisau)
    • sedikit minyak nak goreng daging
    • 1 cawan air
    • 2 s/b sos tiram

    Cara:
    1. Potong daging. (ikut suka la asalkan daging cepat empuk)
    2. Panaskan minyak, goreng daging sampai daging masak 3/4. Angkat letak tepi.
    3. Gunakan minyak goreng tadi dalam 3 sudu saje dan masukkan lada hitam + serai + cili padi, kacau sampai naik bau...
    4. Masukkan garam + gula + kicap manis + kicap masin + sos tiram. Kacau..
    5. Masukkan daging, kacau sebati.
    6. Masukkan air sedikit.
    7. Nak nampak pekat, bubuh tepung jagung sikit
    8. Taburkan bawang, dan sikit pak aji.
    9. Kacau seketika, angkat dan hidangkan.
    * Dalam resepi ini, Hany tumis bersama serai sebatang sebab nak kan aromanya tu.. Cubalah, sedap! Kalau nak nampak lebih menarik, isilah cili benggala (capsicum) yang warna warni tu.. Hany ni tak letak sebab memang takde capsicum tu dalam peti ais.. Makan panas-panas dengan nasi putih pun sedap!

    Tuesday, May 10, 2011

    Tart Buah


    Tart Buah ni memang sedap! Tak berapa manis la sebab disulamkan dengan buah-buahan yang masam.  Buat ni Hany paling teruja sebab tengok gambar -gambar kat majalah memang cantik dan mengeliurkan.. Hany carik resepi yang paling simple, dan ini yang Hany berjaya hasilkan macam dalam foto di atas ni...

    Bahan-bahan utk Kulit Tat:
    (A) 200g mentega
          100g gula ising
          1/4 sudu kecil esen vanila
    (B) 1 biji telur
    (C) 420g tepung
          1 sudu besar susu tepung

    Cara membuat Kulit Tat:
    1. Putar (A) hingga lembut. Masukkan (B) dan terus memutar hingga gebu.
    2. Masukkan (C) dan gaul hingga doh yang lembut dan licin terbentuk.
    3. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat. Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau.
    4. Cucukkan dasar tat dengan garfu. Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan. Keluarkan dari
        acuan dan biarkan sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara.


    Cara membuat inti Custard:
    Bahan-bahan utk inti Custard:
    2 sudu besar tepung gandum
    2 sudu besar tepung kastad* atau tepung jagung
    8 sudu besar gula
    2 cawan (500ml) susu segar
    2 biji telur
    2 sudu besar mentega
    *(Hany guna tepung kastard)
    1. Campurkan tepung gandum, tepung castard/tepung jagung dan gula ke dalam periuk. Campurkan 2
        sudu  besar susu dan kacau rata.
    2. Masukkan telur dan kacau rata.
    3. Tuangkan lebihan susu ke dalam bancuhan.
    4. Masak di atas api perlahan dan kacau selalu agar bancuhan tidak berketul.
    5. Bila bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.

    Kaedah penyediaan Fruit Tartlet:
    Masukkan inti custard dalam piping bag, picit kedalam kulit tat dan hiaskan dengan buah-buahan kegemaran.

    Monday, May 9, 2011

    Masakan Italiano.. Hawaiian Pizza...


                    Inilah masakan yang paling laku n cepat habis kat umah.. Anak-anak suka sangat. Nak-nak lagi makan time baru kuar oven..  Fuh! Terbaek... Sebelum tu, Hany memang searching habislah kat dalam internet cari resepi nak wat pizza... 
                    Di sini, Hany sertakan jugaklah cara-cara nak wat kulit pizza tu.. Tapi, kalau dah malas dan takde masa, beli jer la kulit pizza tu kat kedai.. Hehehehe.. Apa lagi? Jom buat!!!

    Untuk kulit pizza:

    250g tepung gandum
    1/2 paket kecil yis
    1 s/k garam
    1 s/k gula
    3/4 cwn air suam

    Topping:

    3 sudu tomato puri
    1/2 tin nenas (terpulanglah bnyk mana nak guna)
    2 sudu minyak masak
    3 btg sosej
    capsicum (suka ati jugak)
    keju berparut (suka ati brandnya lagi bnyk lg sedap!!)
    Serbuk daun (basil leaf kalau tak silap)

    Cara-cara :

    1. Panaskan oven dahulu. ( Dlm 220'c)
    2. Untuk kulit pizza, campurkan yis, gula ngan air suam. Kacau sampai ada buih.
    3. Masukkan garam dalam tepung gandum dan gaul sebati.
    4. kemudian masukkan campuran yis, gula dan air suam td ke dalam tepung gandum. Uli sampai adunan kita tak melekat.
    5. Perap seketika sampai adunan naik jd 2 kali ganda.
    6. Canailah adunan ikut saiz yg kita mahukan.
    7. Cucuk dengan garfu adunan itu. (dah jadi kulit pizza le ni)
    8. Sapukan sikit mintak kat permukaan kulit pizza, pastu sapukan dengan tomato puri.
    9. Kemidian, taburlah bahan2 lain yang nak kita gunakan sebagai toppingnya. (nenas, capsicum, sosej...)
    10. Akhir sekali barulah taburkan keju parut dan taburkan serbuk daun tu.
    11. Biarkan dulu pizza tu dalam 30 minit.
    12. Barulah bakar dalam oven lebih kurang 20-30 minit (tgk kulit dah kekuning-kuningan)
    13. Siap!

    * Kalau tahu nak wat keju kat celah2 tepi kulit tu, isikan jer la dengan keju, 
       pastu gulungkanlah.. Hany suka letak banyak cheese n nenas!

    Oreo Cheese Cake


     First time buat.. Tak sangka plak boleh menjadi!  Sedap memang sedap, tp tak boleh la nak makan selalu... Nanti ngan badan-badan mengembang.. Anak-anak Hany suka jugak la..  Cubalah apa lagi?

    Bahan Dasar :- (Hany guna loyang bulat 8 inci)
    ·     300gm biskut oreo - di buang krimnya
    ·         75gm mentega cair

    Bahan Untuk Filing:-
    ·         400 gm keju krim Philladelphia Cheese
    ·         110 gm gula kaster
    ·         1/2  s/b esen vanila
    ·    2 biji telur
    ·    150ml whipping krim 
    ·    1 s/b lemon juice
    ·   20 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya


    Cara-cara:-
    1.   Dasar Kek : Blend halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair.  Masukkan kesemuanya dlm loyang dan tekan. Bakarlah selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
    2.   Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila tadi dan telur. Telur tu masukkan satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
    3.   Masukkan biskut oreo, gaul rata.
    4.   Pastu tuangkan kesemuanya ke atas dasar biskut tadi.
    5.   Bakar pada suhu 150C guna kaedah  water bath selama 45-50 minit. Bila dah masak, renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk seketika.
    6.    Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
    7.    Keluarkan kek dari acuan dan dekolah mengikut suka. 

    Buat senang, tapi nak dapatkan bahan tu agak sukar sedikit..:)  Selamat mencuba!!

    Salam perkenalan....

    Seronok rasanya kalau makanan yang kita masak tu sedap rasanya!!  Pasti hilang rasa penat menghasilkannya... Begitulah yang Hany rasa kalau tengok suami dan anak-anak tak berkata apa sebaliknya suapan makin rancak dan kadang-kadang anak tu ada yang menjilat jari!!!

    Atas pengalaman yang tak seberapa ni, Hany nak berkongsi resepi dengan kawan-kawan... Ada juga kawan-kawan bertanya resepi itu resepi ini pada Hany. So, tak salah kita berkongsi ilmu. Bolehlah anda cuba masak untuk keluarga dan orang-orang tersayang... Nikmat memasak ni, hanya orang-orang tertentu jer boleh rasa.. Cewah!!!